Thursday, March 3, 2011

Yang Paling Sukar Diungkapkan: Minta Maaf & Terima Kasih

Assalamualaikum...



Susahkah mengungkapkan ucapan ini? Dua perkataan yang sangatlah mudah, tetapi untuk mengungkapkan amat susah sama sekali. Walhal, andai dua perkataan keramat ini diucapkan oleh insan yang bergelar manusia, sangatlah telinga yang mendengar ini merasa bahagia. Hati yang dipukul dalam ombak api kemarahan, tentu saja berjaya disimbah dengan air salji sesudah mendengarkan kalimat ini.


Jangankan manusia, Tuhan juga menyukai ayat-ayat maaf dan terima kasih dari hamba-Nya. Kerana kedua-dua ayat ini merupakan simbol untuk menghargai seseorang, malah Tuhan. Bagaimana mungkin untuk membalas jasa orang yang banyak berjasa pada kita, kalau bukan kalimat pertama yang terpacul dari bibir kita, iaitu; Terima kasih. Bagaimana mungkin untuk menyatakan tentang sesuatu sebaik sahaja kita merasa serba salah kalau bukan kalimat pertama yang ingin diungkapkan ialah; Minta maaf.



Tapi, sedarkah kita yang bibir kita amat berat sekali untuk mengungkapkan ayat keramat ini, biarpun ia sangat mudah? Dengan ayat yang mudah ini juga, apabila ia selayaknya diungkapkan pada waktu yang sepatutnya, malah tidak diungkap, tentulah kita merasa kecewa dengan si pelaku yang seharusnya mengungkapkan perkataan ini. Percaya atau tidak?


HANYA KERANA SEKEPING EGOISTIK.

Benar, walaupun perkataan "MAAF" dan "TERIMA KASIH" itu mudah, tetapi payahnya ia diungkapkan. Mengapa? Kerana kita ego. Ego mengatasi segalanya. Lantas ucapan itu dirasakan tidak perlu. Apalagi kalau kita merasakan yang kita tidak bersalah. Sentiasa menuding jari pada orang lain.

No comments:

Post a Comment